Selasa, 13 Ogos 2013

Peringatan

Inilah peringatan,
buat diriku yang sering lalai,
juga untuk kalian yang perlu ku ingatkan,

Setiap kisah pengorbanan kita,
bukankah ia memang bagai menjejak derapan kuda Saidina Umar R.A?

Tidak ingin ku ubah kenyataan,
bahawa Sang Mujahd itu punyai Izzah dalam diri,
maka, bersedialah wahai jiwa,
nyenyak tidur matamu akan disengkang
oleh bakti dan hak yang dituntut semua,

Maka, ketahuilah wahai akal,
kerjamu kini bukan lagi hanya pada memikirkan hidupmu sendiri sahaja,
malah ummah menagih janji,
jika engkau sempat bermimpi,
mimpimu pun akan melaung...BERSEDIALAH !

dan saksikanlah wahai Tuhan Pencipta alam,
inilah langkahku, langkah kita, 
langkah di jalanMU

JALINAN'13
6 April 2013

Isnin, 12 Ogos 2013

wanita

Wanita solehah.
hiasan dunia terindah,
perintah tuhan mustahil dibetah,
hobinya pula menyambung ukhuwwah,
akhlak dan penampilan sebagai dakwah,
cita-citanya mendiami Raudhah,

Dialah jantung hati, sahabat, kekasih, isteri, ibu, guru dan serikandi ummah,
dialah wanita solehah
hiasan dunia terindah
A.H.A
13 Ogos 2013

sekeping hati

Oh Tuhan!
ku menyerah diri tika panas terik,
menyesali diri yang tidak serik - serik,
diselubungi dosa maksiat,
dek imanku yang turun - naik,

Oh Tuhan!
diri kami kau jadikan bernafsu tinggi,
pelbagai keinginan dan tidak pernah puas hati,
dan akalku sering mendustai,
kalam tuhan buat yang mengimani,
terlihatlah iman memujuk diri,
membataskan kewarasan insani,
mengingatkan pada janji Rabbi,
usaha amalmu akan berbuah Firdausi.

26 Jun 2010

nasihat buat diriku

Warkah ini kutulis,
bersama parut hati terhiris,
bila ia dikuis,
darah mula menitis,
kerna kulit jiwa yang nipis,
lantas mudah menangis,
tatkala nasihat berbalas egois,

jiwa,
lihatlah manusia,
seronok sekali bermadaah pujangga,
serta mudah meluahkan rasa,
tapi tidak pula memikirkan kesannya,
lupakah pada Pencipta jiwa?
hingga ketepikan cinta padaNya?
sampai hati diberikan percuma,
kepada yang kau panggil 'si dia',
insan lemah yang juga hamba..

A.H.A
28 Ogos 2010

pujukan buatmu




Dunia serta isinya sering mengecewakan perasaan manusia,
kekecewaan yang dibiarkan dan tidak dipujuk ini membuahkan hasil yang semakin memburukkan keadaan,
buktinya, ramai yang sanggup membunuh diri, memutuskan hubungan sesama saudara, menyakiti orang sekeliling, dan menghadapi kemurungan,
...semua itu adalah tindakan yang menzahirkan  pemberontakan hati dan akal pada persoalan :

"wujudkah tuhan, jika wujud, mengapa dicipta dunia yang menyusahkan ini?, mengapa dihidupkan aku dalam dunia kejam ini?, kejamkah Tuhan? "

Kawan,
tenang, jangan sedih2.....
jawapan bagi persoalan mu ialah, 

"Tuhan memang wujud, dialah Allah Ta'ala yang Maha Penyayang"


bila berbicara tentang makluk dan memandang pada dunia,
hati memang akan rasa ada sahaja yang tidak kena,
seringkali rasa terlalu sayang pada orang di keliling kita,
 kadangkala dikecewakan pula,
sentiasa berusaha mencapai keinginan, harta dan kasih - sayang,
namun kepayahan hanya berbuah hasil yang sedikit,

maka, aku terpanggil memujukmu,
sebagai saudaramu,

Kawan,
Mari ulangi hal yang sama,
kita berbicara lagi tentang makhluk, tentang hidup yang mengecewakanmu itu,
tetapi kali ini,
selepas semua bicara, sedih, geram kau lepaskan,
kita pandang pula pada Pencipta dunia itu,
Dialah sang Pemilik dunia, Pengawal makhluk, Pemerhati hidupan...termasuk dirimu,
adakah segala yang Dia lakukan pada dirimu hanya untuk menyusahkan?

tidak kawanku, tidaklah diciptakan dunia ini sebagai sia - sia,
buka semula minda dan hayati semula sejarah yang kau lalui,
terpulanglah apa pun panduan yang kau ambil sebagai falsafah hidupmu selama ini,
aku pasti akhirnya engkau akan kembali semula kepada buku falsafah serta panduan yang paling sesuai dengan jiwamu,..
aku yakin, engkau akan kembali jua kepada AL-QURAN,
kerana itulah kata pujukan, nasihat, penyelesai gelora jiwamu yang tidak pernah salah,
itulah dia kalam Pencipta dirimu, 
kalam Pengurnia masalah ini,
 semua rasa sayang, marah dan sedih itu pinjaman daripadaNYA,
kurniaan daripada Sang Pemilik jiwa dan perasaan,
untuk menunjukkan kepada hambaNyA,
bahawa,

hanya Dia yang Maha Sempurna,
 hidupnya dirimu adalah kerana kasih - sayangNya,
kerana RahmatNya,

Maka, untuk menyelesaikan gelora hatimu,
apakata kita pandang masalah dan kehidupan sekelilingmu dengan kasih - sayang?
untuk ke-2 kalinya, aku sungguh yakin, jika engkau gunakan jalan penyelesai ini,
masalahmu akan hilang,
malah, ia menyejukkan hati
engkau juga akan sedar bahawa semua makluk termasuk masalahmu
adalah...
hasil kesenian Tuhan
hidup ini adalah hadiah Sang kekasih buat makhluk yang dikasihi,
maka, 
peliharalah hadiah ini dengan sebaiknya berdasarkan buku manual kehidupan ini, Al - Quran, kalamullah yang terkandung segalanya.

salam sayang buat saudaraku  :) A.H.A

p/s: apakata ke-2 : tukarkan perkataan merah ke warna biru tau







my 1st. post

Bismillahirrahmanirrahim, mula menaip selepas sesi refleksi ( pejam mata & tarik nafas + selawat)
wink2!, sya dah ada blog!, nak tulis apa ya? jom solat dulu :) i mean buat apa2 keputusan penting mesti solat
sunat..ok,take 5minit

~terlebih 5minit~kenapa dengan Tuhan pun nak berkira?


sepatutnya saya begini,alat dah ada (komputer n wifi percuma :P), kemampuan pun ada (ilmu setelah belajar di sekolah bertingkat2.eksen pula), cuma tujuan kurang jelas.

betulkah tujuan kurang jelas?senang kata xada tujuan hidup?malunye3x!
jadi,الله غايتنا ( Allah tujuan hidup kami ) tu apa cik adik? sesuaikah dijadikan tujuan blog ni?

moto "الله غايتنا"
skema?
terlalu umum?
xsesuai untuk benda2 media macam blog ni?

aisy...inilah kesan terlalu melebihkan 'nak ikut suasana dan gaya manusia zaman sekarang' hingga kadangkala terlupa bahawa untuk menyampaikan sesuatu tidak perlu menggadaikan moto hidup..

       Selepas meninjau - ninjau blog2 & perkongsian alam maya yang lain dan membandingkan dengan rancangan blog yang nak saya tulis ini, saya kira banyak sangat blog yang lebih hebat yang mempunyai aura pendekatan menyentuh hati. Blog2 tersebut sangat memberi inspirasi kepada saya untuk menuntun hati2 manusia mendekati Allah Taala...doakan penulisan saya ini menjadi salah satu sebab kepada tujuan tersebut.

 <   إنشاء الله  >



Air mata semalam

Semalam,
air mata tumpah lagi,
setenang gerimis pagi ini,
terkenang doa belum dikabuli,
dibayang dosa yang menggelap hati,
lalu kabur cahaya Ilahi,
menyuluhi, kabur...kabur.

Tapi hari ini,
ingin kutahan fajar pagi,
agar dapat aku bersendiri,
melanjutkan takbir buat-Mu Rabbi,
memanjat doa yang ku belum pasti,
bila ia jadi realiti,
dan bibirku akan terus bermunajat memuji,
hanya pada-NYA Rabbul Izzati.

A.H.A
13 Ogos 2013 / 6 Syawwal 1434H