Isnin, 26 Januari 2015

Nasihat buat ukhti.

Ini perjalanan hati,
bersamamu setianya Sang Pemerhati,

Jika kau di antara persimpangan jalan,
pilihan antara dua ukhuwwah,
pilihan antara2 suasana tarbiah,
atau
pilihan antara dua falsafah dan pendirian,
pilihan antara luasnya peluang dakwah atau meneruskan agenda di depan,
pilihan antara dua pidato daie yang meyakinkan dan penuh pengharapan,
pilihan antara 'Alif' atau 'Ba' ',
yang penting aku yakin ianya bukannya hanya percaturan antara jahiliah atau Islam penuh kesyumulan,

Walau bagaimana hebat gelora ujian,
pilihlah dengan dengan panduan Tuhan,
doa, istikharah dan musyawarah buktikan nilai sebuah penghambaan,

Manusia sekeliling hanya mampu menitip buah fikiran,
namun Tuhan pemilik semua pilihan,
kata - kata mereka,
hati yang kau ikutkan,
dan iman yang memandu perjalanan,
bermusyawarhlah dengan Tuhan,

Ya,
kau berhak membuat memilih dan menggerakkan buah caturmu sendiri,
bereksperimen dalam apa pun keadaan,

Kerana ada satu ilmu yang tiada dalam buku,
atau tidak kita dapat daripada mulut seorang guru,
iaitu pengalaman dan merasai 'rasa',

Namun,
awas,
ketika menimbang pilihan dan bermain dengan kata,
aturan tuhan sentiasa berjalan walau ketika kita alpa,
insan lain mengharapkanmu walau tanpa riak perasaan di muka,
tanggungjawab tetap di pundakmu menunggu terlunas segera,
masa tidak menunggumu dewasa...

Kaherah, 2015.