Ahad, 12 April 2015

Cemburu yang memburu nafsu

Seringkali aku cemburu pada jerih payah para Nabi S.A.W, Sahabat R.A & Solihin, 
Kerana mereka daie mithali,
cemburuku pada ukhuwwah penuh ithar dan kelapangan hati mereka,
pada cerita - cerita amal yang membuah mahabbah,
pada kejayaan dunia diusahakan agar tidak melalikan hati,
pada poket kosong selepas menunaikan hak insan lain...

Sememangnya fitrah diriku untuk sadar selepas melihat realiti kekurangan diri berbanding mereka,

dan kali ini cemburuku kian membuak,
pada syahidnya mereka dalam husnul khatimah,
cukuplah tersiksanya jiwa dalam cemburu ini menolak ke arah memburu redhaNya,
untuk turut sama menepis alasan nafsu daripada beramal Lillah,

aku tidak akan ketinggalan lagi..
kerana semua cemburu itu telah ku ubah,
kepada sebuah pengorbanan menuju Pencipta Alam,
labbaika ya Rabb!

InsyaAllah usaha baiki diri, 
kerna aku tahu, 
hijrah sebenar adalah bermula daripada jihad melwan nafsu ammarah,
jihad perangi jahiliah dalam diri

catatan :
Sharing mood~ selepas melepas rindu pada mesir & menjelang Aidiladha 2013

Jumaat, 3 April 2015

Penulisan, yang bagaimana jadi pilihanmu?

Benarlah bahwa iman itu manba'nya wahyu,

terbukti pada rasa,
bila buku itu penulisnya penyembah makhluk,
tidak kira makhluk bernama nafsu, ideologi, batu, alam, atau haiwan melata,
maka perhatiannya yang tertumpah di setiap helaian luahan mindanya juga begitu, berpusing pada hal sementara dan terhenti di tujuan yang kabur.
bersumber kemunduran tamadun dan jiwa kering dan menafi tuhan.
sedang coretan hamba Allah, tari pena melukis semula syukurnya dalam sujud kesyukuran,
membuat pembaca membelek setiap inti tulisan,
hingga pohon syukur dan ilhamnya berbuah amal dan kesyukuran lain pula, menghidupkan hati alam di sekitanya pula,
tulisannya dari iman dan akhirnya membuahkan iman.

Jumaat, 13 Februari 2015

Generasiku dan hedonisma

Sayu melihat generasiku..

Gajet lebih menarik daripada majlis ilmu,
filem dan gosip isi bualmu,
harianmu terdedah dalam muka buku,
soal agama kau jadi kaku,

Sayu melihat generasiku,
drum ditalu kaki kau goyang,
musik terpasang fikiran menerawang,
dalam pesta hiburan imanmu melayang,
maruah yang tercalar bangga kau tayang,

Sayu melihat generasiku,
budaya barat jadi ikutan,
kau pinggir budaya dan adab sopan,
budi bahasa tidak lagi lambang ketaqwaan,
kau padam agama dalam kamus kehidupan,

Sayu melihat generasiku,
iman dijentik,
hedonisma kau tabik...

Semoga,
anak cucu nanti tidak sepertimu,
akan ku asuh jadi lebih baik daripadaku,
cenderungnya agama juga ilmu,
kerana kemuliaan manusia itu,
terangkat dengan Islam yang
satu.

Jahiliyectomi I

Isnin, 26 Januari 2015

Nasihat buat ukhti.

Ini perjalanan hati,
bersamamu setianya Sang Pemerhati,

Jika kau di antara persimpangan jalan,
pilihan antara dua ukhuwwah,
pilihan antara2 suasana tarbiah,
atau
pilihan antara dua falsafah dan pendirian,
pilihan antara luasnya peluang dakwah atau meneruskan agenda di depan,
pilihan antara dua pidato daie yang meyakinkan dan penuh pengharapan,
pilihan antara 'Alif' atau 'Ba' ',
yang penting aku yakin ianya bukannya hanya percaturan antara jahiliah atau Islam penuh kesyumulan,

Walau bagaimana hebat gelora ujian,
pilihlah dengan dengan panduan Tuhan,
doa, istikharah dan musyawarah buktikan nilai sebuah penghambaan,

Manusia sekeliling hanya mampu menitip buah fikiran,
namun Tuhan pemilik semua pilihan,
kata - kata mereka,
hati yang kau ikutkan,
dan iman yang memandu perjalanan,
bermusyawarhlah dengan Tuhan,

Ya,
kau berhak membuat memilih dan menggerakkan buah caturmu sendiri,
bereksperimen dalam apa pun keadaan,

Kerana ada satu ilmu yang tiada dalam buku,
atau tidak kita dapat daripada mulut seorang guru,
iaitu pengalaman dan merasai 'rasa',

Namun,
awas,
ketika menimbang pilihan dan bermain dengan kata,
aturan tuhan sentiasa berjalan walau ketika kita alpa,
insan lain mengharapkanmu walau tanpa riak perasaan di muka,
tanggungjawab tetap di pundakmu menunggu terlunas segera,
masa tidak menunggumu dewasa...

Kaherah, 2015.