Isnin, 14 April 2025

DIY Flash Card : Free cara buat & recommended apps.

Assalamualaikum Ibu Ayah di luar sana.Kali ni saya nak kongsikan idea mainan anak - anak yang mudah, murah, tahan lasak & anak-anak suka. Boleh main berulang kali & guna dalam pelbagai cara. 
Boleh buat ikut kreativiti & bajet masing-masing ya.

FLASH CARD 

Bahan : 
Kertas Putih 
Kertas berwarna  
Sailor tape jernih (besar)
Gam
Gunting
Printer 

Kalau lihat pada gambar atas tu, boleh nampak gambar kartun berteman haiwan & kenderaan. Gambar tu boleh ditukar ikut minat anak ya.
Boleh dapatkan aplikasi Assambly untuk pelbagai idea kreatif tu. Cuma save gambar aplikasi tu & print. Nak guna aplikasi/google pun ok.
Mudah sangat !!

Dah siap print, Kita gunting & Tampal pada kertas

Sailor tape depan & belakang kad tersebut.

Gunting lebihan sailor tape & siap !! 
:D

Jumaat, 26 Ogos 2016

SUPERWOMAN@SURI RUMAH-Tips di dapur

Assalamuamlaikum sahabat semua,
kali ini saya ingin kongsikan tips berguna sebagai surirumah yang pastinya sangat membantu saya.
Tema kali ini : Dapur

PENYIMPANAN
1) Balang kaca @ mason jar
Kebaikan :
- Tiada kesan bau kimia berbanding balang plastik walaupun digunakan menyimpan makanan dalam tempoh yang lama.
- Sempurna untuk penyimpanan serbuk rempah ratus, kekacang, ikan bilis, lain - lain.

Pengalaman saya :
Guna semula balang kaca mayonis/ apa - apa produk.
Caranganya :
1) Bersihkan balang
2) Rendam balang dalam bekas air berisi sabun sehingga tenggelam selama 2 hari/ sehingga label pada balang mudah ditaggalkan.
Tips: Kumpullah balang daripada produk yang sama, cantik sangat bila ia disusun di almari dapur dengan saiz yang sama. ;)

2) Bekas oat
Keburukan : xkedap udara & xkalis air
- Xsesuai untuk simpan serbuk yang bergula ( Milo, Vico, etc.).
  Sebab, Milo/ etc. tersebut akan jadi keras kerana masuk angin.
- Xsesuai untuk simpan makanan
Kebaikan : Sesuai untuk simpanan makanan serbuk & kering ( tepung, Nestum, Oat)

3) Bekas tinggi Master Potato / Pringles
Keburukan : xkalis air
Kebaikan : Sempurna untuk penyimpanan makanan kering  yang panjang ( Spageti )
Tips : Balut & label bekas mengikut kreativiti.
Pengalaman saya : Gunakan bekas seperti ini untuk simpa Spageti panjang dan bentuk - bentuk lain dalam balang berjenis yang sama.

PEMBERSIHAN
1) Air SANGAT panas +  cuka + sabun cecair ( + baking soda : optional ).

Gunakan campuran serbaguna ini untu semua kerja pembersihan dan anda akan berpuas hati dengannya. Ianya membantu membersihkan tanpa perlu menyental!
Kelebihan :
- Xperlu menyental(lantai)
- Jimat masa & duit
- Memberikan kesan BERSINAR jika dilakukan secara kerap
- Juga berkesan pada gris & kesan minyak/

Saya gunakannya untuk :
1) Lantai ( gunakan mop )
> Sapu lantai untuk membuang sampah/ habuk
> Rendam mop di dalam bancuhan ( saya hanya sediakan bancuhan di singki. Hanya pusing tombol paip air panas, tambah bahan lain dan siap! )
> Mop lantai menggunakan mop yang panas tadi sambil anda mengundur ke belakang.
* Untuk lantai yang sangat kotor : Mop secara perlahan & pastikan mop sentiasa panas.

2) Oven ( gunakan kain lap )
3) Permukaan marmar/ kaca/ batu licin.
4) Peti sejuk ( akhiri dengan lap jus lemon untuk kesan bau yang menyegarkan )

2) ....nantikan... :)


Selasa, 29 Mac 2016

Tip bakal pengantin perempuan

Alhamdulillah, akhirnya saya menaip semula setelah banyak kali 'postpone', tapi disebabkan banyak kali encik suami pujuk update blog sambil senyum manis, untuk asah bakat menulis katanya. Maka ke 'hensem' annya membuatkan saya cair. Finaly! I write again :P

Kali ini saya type ketika encik suami xada di rumah, hari ini agak penat ( 5 bulan mengandung + ke Wisma Kuala Lumpur untuk "taqdim" visa + beli pisang dan sayur + ke kedai baiki selipar & kasut di Bawwabah 3... dan...nak maghrib baru sampai rumah. Tapi, hati penuh bunga, ceria sebab excited. Sebab... hari ni nak buat surprise banana cake sempena abang balik malam ni ;). Ok entri kali ini nak cerita tentang 

*****************" Persediaan muslimah ke gerbang perkahwinan "*****************

Bismillah, ok bila masuk entri tajuk yang saya nak fokus, maka tulisan saya akan agak skema & serius. huhu...
* Segala yang saya tulis ni hasil kajian & pengalaman diri sendiri, ahlan untuk tambah/  bertanya di ruang komen ya ;) 

1) Persediaan 3 bulan sebelum nikah
2) Persediaan 1 bulan sebelum nikah
3) Persediaan 1 minggu sebelum nikah
4) Persediaan 1 hari sebelum nikah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[ PERSEDIAAN 3 BULAN SEBELUM NIKAH ]
Sejujurnya, saya mulakan dengan persediaan 3 bulan sebelum nikah sebab, dalam tempoh sebelum 3 bulan sepatutnya sang gadis sudah punya persediaan hati untuk serius memasuki alam rumah tangga.
Jangan bimbang jika belum benar - benar kenal bakal suami ( walaupun belum pernah jumpa ) dalam tempoh 3 bulan sebenarnya sudah cukup untuk kenal si dia.
* Seriusly, inilah cara perkenalan saya & en. suami. Kami 1st. time jumpa untuk urusan serius pernikahan hanya dalam tempoh 3 bulan ni. Walhal, sebelumnya kami xpernah secara berjumpa secara santai, kecuali dalam untuk urusan kerja. Itu pun 1x sahaja.

Saya memang berdoa & beri syarat pada diri sendiri untuk tidak bertunang lama & tidak 'couple' & tunang 1st. saya adalah suami saya. Jadi, segala urusan pernikahan ini saya hadapi  dengan hati yang tenang. Alhamdulillah :)

Ok, berbalik kepada persediaan tadi ;
1) Persediaan hati :
- Ikhlaskan niat untuk jadikan rumah tangga nanti yang Allah redha. Betul, niat tu benda biasa. Tapi, ia penting sebab niat yang betul menentukan macam mana bentuk majlis nikah, majlis perkahwinan, keputusan berkaitan jumlah wang hantaran, pakaian ketika majlis kahwin, hubungan antara kedua belah keluarga dan sebagainya...
   niat ikhlas tanpa untuk menunjuk - nunjuk : majlis perkahwinan yang sederhana, wang hantaran xmembebankan pihak lelaki, pakaian & make up xmenjolok mata/ tabarruj.. and so on
  
   niat untuk seronok sahaja, fikir untuk ikut orang lain, xkaitkan perkahwinan dengan tujua untuk beribadah : Majlis perkahwinan & wang hantaran yang menyusahkan kedua belah pihak, majlis yang xsyarie' dengan karaoke dan menari bercampur lelaki perempuan, over make up & pakaian perkahwinan yang ketat.... etc...

hem..penting bukan niat yang ikhlas ? :)

2) Persediaan untuk berhubung
1st. : Dapatkan "orang tengah" yang kita SUDAH BERKAHWIN, SOLEH & SOLEHAH, selesa, SANGAT boleh dipercayai dan kenal kita.
Contoh : Senior yang sudah berkahwin, ibu & ayah, kakak/ahli keluarga yang sudah berkahwin, imam, ustaz ustazah.

- Orang tengah berfungsi untuk menjaga hubungan antara sang gadis & bakal suami agar sentiasa dalam guideline hubungan yang syarie'
pengalaman saya :
* Saya & en. hubby hanya berhubung dalam group telegram yang ada sepasang senior yang sudah berkahwin @ orang tengah.
* Kami hanya berhubung melalui group mesej tersebut tanpa ada " emoticon", gurau dan hanya berkaitan urusan serius sahaja. Itupun xganggu waktu jam 10 malam ke atas.
* Kami berhubung juga melalui mak ayah masing - masing.

2nd. : Buat pertemuan secara real ( jumpa face to face ) untuk benar - benar kenal bakal pasangan secara tidak kerap & ditemani 'orang tengah'. 
Dalam tahap ini, pertemuan untuk melihat fizikal luaran masing - masing dibolehkan. Ia penting untuk merapatkan hati kedua belah pihak. Sebab dalam tempoh urusan yang sibuk ini. syaitan akan memainkan peranannya untuk mengelakkan ibadah pernikahan ini berlangsung. Boleh saling memahami hati budi masing - masing dengan berbual tentang diri sendiri, keluarga, kehidupan sekarang dan saling memberi hadiah. Tapi mesti ada natas & bertemankan " Perantara " tersebut.

3rd. : Share & update segala permintaan untuk pernikahan, majlis kahwin, selepas kahwin + progress persiapan teknikal + minta pendapat dengan 'orang tengah' sebelum di sampaikan kepada bakal pasangan. Sebab, 'musyawarah' ( perbincangan ) dengan orang yang lebih berpengalaman sangat membantu kelancaran urusan. Luahkan segala isi hati, perasaan risau, marah, takut, gembira, masalah yang dialami, supaya tiada masalah 'last minute' ketika menjelang hari yang ditunggu :)

...bersambung...

Ahad, 12 April 2015

Cemburu yang memburu nafsu

Seringkali aku cemburu pada jerih payah para Nabi S.A.W, Sahabat R.A & Solihin, 
Kerana mereka daie mithali,
cemburuku pada ukhuwwah penuh ithar dan kelapangan hati mereka,
pada cerita - cerita amal yang membuah mahabbah,
pada kejayaan dunia diusahakan agar tidak melalikan hati,
pada poket kosong selepas menunaikan hak insan lain...

Sememangnya fitrah diriku untuk sadar selepas melihat realiti kekurangan diri berbanding mereka,

dan kali ini cemburuku kian membuak,
pada syahidnya mereka dalam husnul khatimah,
cukuplah tersiksanya jiwa dalam cemburu ini menolak ke arah memburu redhaNya,
untuk turut sama menepis alasan nafsu daripada beramal Lillah,

aku tidak akan ketinggalan lagi..
kerana semua cemburu itu telah ku ubah,
kepada sebuah pengorbanan menuju Pencipta Alam,
labbaika ya Rabb!

InsyaAllah usaha baiki diri, 
kerna aku tahu, 
hijrah sebenar adalah bermula daripada jihad melwan nafsu ammarah,
jihad perangi jahiliah dalam diri

catatan :
Sharing mood~ selepas melepas rindu pada mesir & menjelang Aidiladha 2013

Jumaat, 3 April 2015

Penulisan, yang bagaimana jadi pilihanmu?

Benarlah bahwa iman itu manba'nya wahyu,

terbukti pada rasa,
bila buku itu penulisnya penyembah makhluk,
tidak kira makhluk bernama nafsu, ideologi, batu, alam, atau haiwan melata,
maka perhatiannya yang tertumpah di setiap helaian luahan mindanya juga begitu, berpusing pada hal sementara dan terhenti di tujuan yang kabur.
bersumber kemunduran tamadun dan jiwa kering dan menafi tuhan.
sedang coretan hamba Allah, tari pena melukis semula syukurnya dalam sujud kesyukuran,
membuat pembaca membelek setiap inti tulisan,
hingga pohon syukur dan ilhamnya berbuah amal dan kesyukuran lain pula, menghidupkan hati alam di sekitanya pula,
tulisannya dari iman dan akhirnya membuahkan iman.

Jumaat, 13 Februari 2015

Generasiku dan hedonisma

Sayu melihat generasiku..

Gajet lebih menarik daripada majlis ilmu,
filem dan gosip isi bualmu,
harianmu terdedah dalam muka buku,
soal agama kau jadi kaku,

Sayu melihat generasiku,
drum ditalu kaki kau goyang,
musik terpasang fikiran menerawang,
dalam pesta hiburan imanmu melayang,
maruah yang tercalar bangga kau tayang,

Sayu melihat generasiku,
budaya barat jadi ikutan,
kau pinggir budaya dan adab sopan,
budi bahasa tidak lagi lambang ketaqwaan,
kau padam agama dalam kamus kehidupan,

Sayu melihat generasiku,
iman dijentik,
hedonisma kau tabik...

Semoga,
anak cucu nanti tidak sepertimu,
akan ku asuh jadi lebih baik daripadaku,
cenderungnya agama juga ilmu,
kerana kemuliaan manusia itu,
terangkat dengan Islam yang
satu.

Jahiliyectomi I

Isnin, 26 Januari 2015

Nasihat buat ukhti.

Ini perjalanan hati,
bersamamu setianya Sang Pemerhati,

Jika kau di antara persimpangan jalan,
pilihan antara dua ukhuwwah,
pilihan antara2 suasana tarbiah,
atau
pilihan antara dua falsafah dan pendirian,
pilihan antara luasnya peluang dakwah atau meneruskan agenda di depan,
pilihan antara dua pidato daie yang meyakinkan dan penuh pengharapan,
pilihan antara 'Alif' atau 'Ba' ',
yang penting aku yakin ianya bukannya hanya percaturan antara jahiliah atau Islam penuh kesyumulan,

Walau bagaimana hebat gelora ujian,
pilihlah dengan dengan panduan Tuhan,
doa, istikharah dan musyawarah buktikan nilai sebuah penghambaan,

Manusia sekeliling hanya mampu menitip buah fikiran,
namun Tuhan pemilik semua pilihan,
kata - kata mereka,
hati yang kau ikutkan,
dan iman yang memandu perjalanan,
bermusyawarhlah dengan Tuhan,

Ya,
kau berhak membuat memilih dan menggerakkan buah caturmu sendiri,
bereksperimen dalam apa pun keadaan,

Kerana ada satu ilmu yang tiada dalam buku,
atau tidak kita dapat daripada mulut seorang guru,
iaitu pengalaman dan merasai 'rasa',

Namun,
awas,
ketika menimbang pilihan dan bermain dengan kata,
aturan tuhan sentiasa berjalan walau ketika kita alpa,
insan lain mengharapkanmu walau tanpa riak perasaan di muka,
tanggungjawab tetap di pundakmu menunggu terlunas segera,
masa tidak menunggumu dewasa...

Kaherah, 2015.