Sabtu, 29 Mac 2014

Adabku???

Ya aku ada adab!
dengan siapa?
dengan Allah!

Maka, begitu juga dengan ibu bapa, guru, ulama, kawan, orang berusia, orang muda, kaya, miskin dan sebagainya,
aku beradab dengan mereka kerana Allah suruh aku beradab,
aku beradab dengan mereka kerana mengikut suruhan Allah,
patuh suruhan Allah adalah usahaku untuk beradab padaNya!

Ya aku ada adab!
aku jelas dalam tujuan adab dan usaha membuktikan tujuanku dengan cara beradab,

Namun, dengan kadar yang dituntut sahaja!
bukan atas nama adab yang melampau sehingga kusembunyikan salah yang menzalimi Islam,
kerana perbuatan menyembunyikan itu sendiri ibarat membenarkan & bersekongkol dengan syaitan yang tidak beradab!

*************************************************************
kerana Allah sukakan yang Teliti,
hingga beradab juga ada takrifan & had & syarat & cara yang ditentukan...

kerana Allah Maha Pemberi Rahmat,
Maka Dia anjurkan adab..

insyaAllah, Alhamdulillah

Selasa, 4 Mac 2014

1- A.H.A&ANDA

PERMINTAAN DARIPADA KALIAN,
ANDA PUNYA IDEA UNTUK MEMBANTU SAYA ? ...

sahabat2 yang bertandang ke blog ni...
saya mencari idea untuk sajak baru,
ada idea untuk tema / isi / tajuk sajak yang menarik ? :D

mari kongsikan keunikan idea anda dengan saya di sini :) ( kongsikan di ruang komen ya!, terima kasih

 #mula cuba menghidupkn suasana hubungan 2 hala antara penulis & pembaca...JOM !!!


Sabtu, 22 Februari 2014

Angkara amarah

Angkara melayan amarah sendiri,
nasihat tidak sampai ke hati,
hubbun nafs menjadi-jadi,
jauh daripada rahmat Ilahi,
tercalar maruah seorang dai'e,
goyah ukhuwwah islami,
~cuba untuk tidak marah~untuk sebuah 'ummah'
..............marahkenabertempat....... :)

11/2/2013

terima kasih pemilik sajak atas perkongsian

Jumaat, 14 Februari 2014

Bersahabat dengan masa

Masa lapang, masa sempit, setiap masa kita,
Segenap ruangnya ada hak yang dituntut semua,
Jadikan setiap detik ini pintu amal di dunia,
Serta pemula hidup lebih bahagia,
Bukan pembuka selera, bagi maksiat yang mengintai jiwa,

Tubuh “Pemuda” kita penuhi dengan ilmu dan pengalaman berharga,
Kerah tenaganya ibarat kuda perang tika siang, abid kala malam gelita,
*************
Agar usia emas tidak ditemani sejarah hitam kejahilan nyata,
Supaya hidup selepas dunia bukan hari penyesalan tiada akhirnya.
Maka,
Saudaraku, kita gunakan sebaiknya masa pinjaman pemilik dunia  ,
Mari beringat pada lima sebelum datang lima yang lainnya,
Moga, amanah masa ini  menjadi saksi niat murni demi redhaNYA,
BUKAN PUNCA DIHERET KE NERAKA !

A.H.A
Mesir
15 Feb ‘14